Syukur Alhamdulillah dengan limpah kurnia dan Inayah-Nya dapat jua saya menyiapkan tugasan bagi subjek MTE 3109 Mengajar Nombor, Pecahan, Perpuluhan dan Peratusan ini. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya iaitu Datin Zaiton binti Othman di atas segala tunjuk ajar dan bimbingan yang telah diberikan sepanjang proses saya menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada Ibu saya, Mik Mas binti Hamad yang banyak memberikan sokongan dan dorongan dan rakan-rakan sekumpulan yang bersama-sama turut membantu dalam menjayakan tugasan ini.Terima kasih diucapkan.
Melalui tugasan ini saya telah memperolehi banyak faedah dan pengatahuan yang berguna. Yang pertamanya adalah dapat mempelajari pelbagai teori pembelajaran Matematik dalam merangka pembelajaran kanak-kanak dengan nombor, pecahan, perpuluhan dan peratusan. Sepanjang proses menjalankan tugasan ini saya telah banyak mempelajari dan didedahkan dengan pelbagai teknik asas dan kaedah dalam mengajar kanak-kanak dalam topik-topik tersebut. Kaedah seperti penggunaan blok asas, abakus, garis nombor, lipatan kertas(paper folding), dan penggunaan diagram atau simbol merupakan satu perkara yang baru buat saya dan sangat bermanfaat buat saya terutamanya sebagai bakal guru dan untuk diaplikasikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan juga semasa berpraktikum kelak.
Tugasan ini juga banyak mendedahkan kepada saya akan kepentingan penggunaan resos dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Salah satu tugasan di dalam kerja kursus ini adalah untuk menyiapkan sebuah esei yang membincangkan mengenai kepentingan penggunaan resos dalam proses pengajaran dan pembelajaran(PdP). Dari sini saya banyak membuat kajian mengenai tajuk tersebut melalui pelbagai sumber antaranya buku-buku rujukan, laman web, jurnal, dan sebagainya.Selain daripada memperolehi input-input penting mengenai penggunaan bahan-bahan resos, saya juga secara tidak langsung mempelajari mengenai penggunaan pelbagai jenis bahan resos yang sering digunakan antaranya seperti Blok Dienes, Dekak-dekak, Jalur Nombor, Kit Pecahan, Domino Pecahan, Papan Perpuluhan, Carta Nilai Tempat, Petak Seratus, Papan Geometri, Model Peratus, Grid Peratus, Bekas Air Bersenggat dan banyak lagi.
Ini secara tidak langsung menambahkan lagi ilmu pengatahuan saya di dalam penggunaan resos-resos dalam Matematik dan pastinya akan meningkatkan lagi kualiti pengajaran semasa proses PdP kelak. Selain itu, bahan-bahan resos ini akan banyak menyokong dalam mencapainya sesuatu matlamat pembelajaran dan perlu untuk dikuasai oleh semua guru dan bakal guru. Jika sebelum ini proses pengajaran saya tidak dapat menarik perhatian para pelajar kini dengan adanya pengisian dan teknik-teknik pengajaran yang baru dipelajari ini menjadikan pengajaran saya lebih menarik dan menyeronokkan.Ini pastinya akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan dan mencapai obektifnya. Jadi saya berasa amat bersyukur sekali dapat berpeluang untuk mengikuti subjek ini dan menjalankan tugasan yang penuh bermanfaat ini.
Selain daripada itu, tugasan ini juga melatih saya dalam penghasilan dan penggunaan bahan-bahan resos bagi pengajaran Matematik. Di dalam tugasan ini saya dikehendaki untuk menghasilkan satu pakej resos untuk digunakan dalam menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran(PdP). Pakej resos ini perlulah memenuhi kriteria, menarik, sesuai, pelbagai, ekonomik serta yang paling penting adalah sangat menyokong proses pengajaran dan pembelajaran. Di dalam proses penyediaan bahan resos ini saya terlebih dahulu membuat kajian dan menganalisis topik dan isi pengajaran yang akan diajar. Setelah itu saya dan rakan-rakan membuat perbincangan dan pemurnian bersama-sama dengan pensyarah pembimbing. Kami juga merujuk beberapa bahan seperti buku rujukan, pengalaman guru Matematik dan juga cadangan pengajaran di dalam silibus.
Setelah semuanya telah dipersetujui dan mengikut perancangan yang ditetapkan kami bermula untuk menghasilkan bahan resos tersebut bermula dengan mencari bahan-bahan dan alatan yang diperlukan kemudiannya membina mengikut spesifikasi yang ditetapkan.Di dalam tugasan ini, kumpulan kami telah menghasilkan Domino Peratus iaitu satu resos yang digunakan untuk mengukuhkan lagi kefahaman murid-murid mengenai konsep peratusan.Dengan adanya bahan resos ini murid-murid akan mempelajari subjek peratus melalui aktivi permainan yang tidak membosankan dengan secara tidak langsung mengukuhkan dan melatih penguasaan mereka di dalam topik peratusan ini.Perkara ini banyak mengajar saya sebagai seorang guru perlulah sentiasa berfikir secara kreatif dan kritis dalam proses pengajaran kita agar para pelajar tidak jemu dan sentiasa aktif semasa pembelajaran.
Di dalam tugasan ini juga memerlukan kami untuk menjalankan sesi pengajaran mikro dengan topik pengajaran yang dipilih. Melalui aktiviti ini saya mendapat banyak manfaat dan pengalaman yang berguna dalam memantapkan lagi pedagogi pengajaran saya.Sesi pengajaran mikro ini juga banyak mendedahkan saya dengan pelbagai teknik-teknik pengajaran dalam topik-topik Matematik terutamanya dalam mengajar nombor, pecahan, perpulan, dan peratusan. Sebelum ini saya tidak mengatahui akan teknik teknik seperti penggunaan garis nombor, abakus, lipatan kertas(paper folding), permainan domino dalam Matematik dan banyak lagi. Selain itu, topik-topik ini juga memerlukan urutan-urutan pengajarannnya yang tersendiri dan tidak boleh diajar sewenang-wenangnya kepada pelajar. Jika saya tidak mengikuti subjek ini pastinya saya tidak mengatahui semua ini dan kini saya sedikit sebanyak mengatahui teknik-teknik tersebut dan akan cuba untuk mempertingkatkannya dari masa ke semasa.
Sesi pengajaran mikro juga secara tidak langsung melatih saya membiasakan diri dengan suasana pembelajaran di dalam kelas. Ini sekurang-kurangnya dapat mengelakkan rasa kekok saya ketika mengajar semasa di sekolah kelak. Melalui sesi pengajaran mikro ini juga saya saya dapat mengatahui setakat mana keupayaan saya yang sebenarnya dalam menjalankan sesi pengajaran melaui simulasi yang dijalankan. Jika sebelum ini saya memandang remeh akan hal ini namun setelah melalui sesi pengajaran mikro ini masih banyak kelemahan dan kekurangan diri yang perlu saya pertingkatkan dan perbaiki.Jika di dalam sesi pengajaran mikro bersama-sama rakan sekelas pun saya tidap dapat laksanakan dengan baik inikan pula apabila berdepan dengan murid-murid yang sebenar kelak.Jadi mulai saat ini kesedaran saya untuk memperbaiki cara pengajaran dan mempertingkatkan kemahiran mengajar semakin meningkat dan berharap agar dapat melaksanakannya sebelum sesi praktikum bermula kelak.
Melalui aktiviti pengajaran secara mikro ini juga menjelaskan kepada saya akan setiap murid mempunyai tahap kefahaman yang berbeza. Jadi adalah menjadi tugas kepada seorang guru untuk menentukan pendekatan yang paling sesuai dengan perkembangan dan kebolehan murid-murid tersebut. Saya perlulah menjadi lebih kreatif, inovatif, dan berjiwa pendidik agar murid-murid dapat belajar secara aktif dan mampu untuk memahami konsep pembelajaran yang dijalankan. Penghasilan Bahan Bantu Belajar(BBB) adalah sangat penting dan perlu dikuasai oleh setiap guru. Melalui tugasan ini saya sedikit sebanyak dapat menimba pengalaman dan pengatahuan dalam proses-proses penghasilan bahan bantu belajar(BBB) dan cara mempraktikkkannya di dalam sesi pengajaran.
Tugasan ini juga mendedahkan kepada saya mengenai cara-cara membuat Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang betul dan baik. Sebelum sesi pengajaran mikro bermula kami secara berkumpulan dikehendaki untuk membuat satu rancangan pengajaran harian dengan memilih satu tajuk Matematik(Nombor Bulat, Pecahan, Perpuluhan, atau Peratusan) dalam sukatan pelajaran KBSR atau KSSR untuk tempoh satu jam. Di dalam proses penyediaan ini kami banyak mendapat tunjuk ajar dan bimbingan menegenai cara-cara membuat RPH dengan mantap dan mengikut format yang betul. Ini sedikit sebanyak membantu kami menambahkan pengatahuan dalam proses penyediaan RPH terutamanya sebelum kami memulakan sesi praktikum nanti. Pendek kata tugasan bagi kerja kursus adalah amat lengkap dalam mempersiapkan diri kami sebelum menempuhi alam pengajaran di sekolah kelak.
Saya berasa amat bersyukur sekali kerana dapat menjalankan tugasan ini dan ianya telah memberikan banyak manfaat kepada diri saya dalam mempersiapkan diri untuk menjadi seorang guru Matematik. Besar harapan saya agar dapat mengaplikasikan segala apa yang telah dipelajari dengan baik dan cemerlang. Sekalung ucapan terima kasih sekali lagi diucapkan kepada pensyarah pembimbing kami iaitu Datin Zaiton binti Othman di atas segala tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan sepanjang proses pengajaran bagi subjek MTE 3109 Mengajar Nombor, Pecahan, Perpuluhan, dan Peratusan ini.Tidak lupa juga kepada kawan-kawan dan kepada semua pensyarah di jabatan Matematik IPG Kampus Pendidikan Islam di atas segala sokongan dan dorongan yang diberikan. Terima kasih diucapkan.